Ramuan Allantoin adalah ideal untuk mereka yang mengalami kulit sensitif, jerawat, rosacea, dan ekzema. Alantoin melembapkan dan keratolitik, justeru ini akan menbolehkan penglembutan keratin dalam kulit. Kandungannya dapat menyembuhkan kulit dan meningkatkan kelembapan kulit dengan cepat dan berkesan. Allantoin kini digunakan secara meluas dalam banyak produk-produk kosmetik kerana keberkesannya dalam anti perengsaan, melegakan kulit dan untuk kawalan jerawat. Ia giat melembutkan kulit (Kesan Keratolytic) dan meningkatkan penjanaan sel-sel semula dengan mempercepatkan pengaliran protein pada kulit, yang dapat memberi kesan-kesan anti penuaan pada kulit.
Allantoin sangat berguna untuk kulit kering dan untuk menyembuhkan luka-luka, kesan bakar, dan parut. Ia telah diuji keberkesanannys pada selaran matahari, bibir merekah, sejuk -sejuk badan, ruam lampin, dan kegatalan kulit. Alantoin telah terbukti sifat-sifatnya untuk: § menenangkan kulit § penjanaan semula sel rangsang § melembapkan juga pada kulit yang teramat kering. Hasilnya, alantoin telah digunakan secara meluas sebagai satu ramuan aktif dalam produk-produk penjagaan kulit dan rawatan anti-penuaan.

No comments:
Post a Comment