Labels
AGEN/SUB STOKIS
(8)
aktiviti ALASKA
(5)
ALASKA CLEANSING WATER
(3)
ALASKA GET TOGETHER
(2)
ALASKA GLOW TOUCH POWDER
(2)
ALASKA GOLD
(22)
ALASKA MIRACLE SPRAY
(5)
ALASKA RICE BRAN REVITALIZING TONER
(1)
ALASKA TOTAL CARE
(4)
ARTIKEL ALASKA
(2)
Beauty Queen Secret Diary
(5)
BOOTH
(2)
Diamond Treatment Gel
(1)
Event
(5)
FAQ
(1)
HARGA
(1)
IKLAN MEDIA CETAK
(8)
INFO
(1)
KANDUNGAN DALAM ALASKA GOLD
(4)
KEBAIKAN ALASKA GOLD
(1)
PETUA
(4)
Product Launching
(1)
PRODUK ALASKA
(1)
PRODUK BARU ALASKA
(2)
PROMOTION
(4)
Pure Marine Collagen~Dengan Pembelian ALASKA PURE MARINE COLLAGEN~Anda Layak Mendapat VOUCHER Bernilai RM20 Untuk Pembelian Satu Set ALASKA BEAUTY QUEEN SECRET DIARY~
(1)
RAKAN NIAGA
(4)
RANGKAIAN PRODUK ALASKA
(2)
TEKNIK URUTAN DENGAN ALASKA GOLD
(1)
Testimoni
(25)
VIDEO
(1)
Wednesday, 10 July 2013
Cahaya Matahari, Faktor Genetik Punca Pigmentasi (Jeragat)
Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.
Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata, makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan, namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.
"Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada
kulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes.
"Masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher, muka dan celah ketiak.
"Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka, berdarah dan bernanah pada kawasan bermasalah," katanya.
Beliau berkata, ada beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan cahaya matahari dan faktor genetik. Bagi pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang pula boleh menyebabkan potensi kulit berjeragat terhadap individu lebih tinggi.
"Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik.
"Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar.
"Malah, masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotic seperti minocydine dan lain-lain lagi," katanya.
Dr Norazhah berkata, jeragat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.
Katanya, bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic keratoses, actinic keratoses dan skin tag, rawatan fizikal adalah cara terbaik manaka penggunaan krim adalah tidak sesuai.
"Seborrho keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal menggunakan electrocautery iaitu alat cautery yang menghasilkan 'heat' (haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam berkenaan atau rawatan Cryotherapy yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser.
"Rawatan bagi melasme pula adalah sapuan krim seperti krim hydroquinone, krim daripada kombinasi hydroquinone, tretinoin dan steroid, krim isotrenoin atau pengelupasan kimia," katanya.
Beliau berkata, melasme sering menyerang wanita kerana selain daripada pendedahan cahaya matahari dan faktor genetik, melasme juga berpunca daripada kehamilan atau pengambilan pil perancang.
Katanya, melasme iaitu pigmentasi atau tompok leper berwarna kelabu atau hitam yang ada di bawah lapisan kulit ini, kebiasaannya boleh dirawat dengan rawatan krim, tetapi ada juga pigmentasi yang tebal dan dalam yang mungkin memerlukan rawatan fizikal untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
"Bagi mengatasi masalah jeragat, wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan sesuai.
"Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Walaupun jeragat adalah penyakit kulit, ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disaran berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit,”. katanya.
ALASKA CLEANSING WATER 110ML
ALASKA CLEANSING WATER (110ml)
Harga:RM35.00 (SM) RM40.90(SS)
Huraian:
Makeup remover yg sgt best, bersih, sgt mudah dan tidak melekit.....boleh terus ambil wuduk selepas menggunakannya.
*harga tidak termasuk postage
ALASKA GOLD EDITION
ALASKA GOLD dihasilkan daripada tanah liat lembut yang kaya dengan enzim. Mengandungi far infra red dan ion negatif yang boleh membantu anda mendapatkan bentuk muka lebih runcing dan awet muda.
Mengandungi ekstrak bunga marigold, minyak dari buah zaitun, minyak dari selaput beras, minyak almond, ekstrak dari akar lobak merah, minyak bunga Jojoba, ekstrak dari akar licorice dan juga allantoin yang menjadikan kulit anda lebih sempurna dan menawan.
Cara paling mudah menggunakannya:
Letak sedikit air pada sabun, dapatkan buihnya
Sapukan pada wajah dan lakukan urutan perlahan-lahan
Tunggu selama dua minit dan cuci muka dengan air
Kebaikan:
Membantu anda mendapatkan bentuk wajah lebih runcing.
Menjadikan wajah awet muda, gebu, kemerah-merahan dan berseri.
Menjadikan kulit sentiasa anjal dan sihat.
Mengurangkan kesan jerawat, noda-noda hitam dan mengecilkan liang pori pada wajah.
Menyamaratakan tona wajah menjadikan mekap tahan lebih lama
Mencerahkan leher, tengkuk, ketiak, celah kelengkang dan mengurangkan kesan selulit atau rekahan selepas bersalin.
Membantu merawat masalah kulit gatal dan resdung
Menghaluskan kulit selepas melakukan cukuran.
Mengawal minyak yang berlebihan dan menjadikan kulit lebih lembab dan tidak kering.
Berkesan sebagai penanggal dan pembersih muka dari mekap.
Mengawal pengeluaran blackheads dan whiteheads.
Menghilangkan kelumumur di kepala dan melembutkan rambut.
Sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah ruam lampin.
ALASKA MIRACLE SPRAY 110ML
Alaska Miracle Spray (110ml)
Harga:70.00 (SM) RM75.90 (SM)
Bagi
melengkapkan lagi keanjalan dan kesegaran wajah supaya lebih sempurna
selepas anda menggunakan ALASKA GOLD, ALASKA MARKETING SDN BHD
menghasilkan ALASKA MIRACLE SPRAY sebagai satu kombinasi penjagaan wajah
yang lebih berkesan.
Dihasilkan daripada ekstrak bunga lavender, ekstrak Matricaria, ekstrak bunga-bungaan, Rosemary, ekstrak daun Mentha Arvensis dan juga ekstrak Aloe Barbadensis. ALASKA MIRACLE SPRAY memberi perjagaan luar biasa untuk kulit anda.
Dengan bahan pelembap daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi ia akan menjadikan kulit wajah anda kembali muda, anjal dan memberikan rasa kesegaran dan ketenangan yang anda mahukan.
ALASKA MIRACLE SPRAY diformulasikan sebagai toner yang menjadi pelembab dan menjadikan kulit lebih anjal.
Penggunaannya yang mudah dengan hanya melakukan semburan sambil anda memejamkan mata, tidak sampai 30 saat, anda akan menikmati kesempurnaan penampilan yang diidamkan wanita di seluruh dunia.
Cara menggunakannya
Pejamkan mata, dalam jarak lebih kurang sejengkal spraykan ALASKA MIRACLE SPRAY pada keseluruhan wajah ada.
Biarkan dalam 5 saat kemudian buka mata dan anda akan merasai perubahnnya.
**Tips: ALASKA MIRACLE SPRAY juga boleh digunakan selepas anda siap mengenakan alat solek atau ketika anda sedang dalam keadaan tertekan, atau ketika berhadapan dengan cuaca yang panas.
Dihasilkan daripada ekstrak bunga lavender, ekstrak Matricaria, ekstrak bunga-bungaan, Rosemary, ekstrak daun Mentha Arvensis dan juga ekstrak Aloe Barbadensis. ALASKA MIRACLE SPRAY memberi perjagaan luar biasa untuk kulit anda.
Dengan bahan pelembap daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi ia akan menjadikan kulit wajah anda kembali muda, anjal dan memberikan rasa kesegaran dan ketenangan yang anda mahukan.
ALASKA MIRACLE SPRAY diformulasikan sebagai toner yang menjadi pelembab dan menjadikan kulit lebih anjal.
Penggunaannya yang mudah dengan hanya melakukan semburan sambil anda memejamkan mata, tidak sampai 30 saat, anda akan menikmati kesempurnaan penampilan yang diidamkan wanita di seluruh dunia.
Cara menggunakannya
Pejamkan mata, dalam jarak lebih kurang sejengkal spraykan ALASKA MIRACLE SPRAY pada keseluruhan wajah ada.
Biarkan dalam 5 saat kemudian buka mata dan anda akan merasai perubahnnya.
**Tips: ALASKA MIRACLE SPRAY juga boleh digunakan selepas anda siap mengenakan alat solek atau ketika anda sedang dalam keadaan tertekan, atau ketika berhadapan dengan cuaca yang panas.
Kami berada di Temerloh
Produk Alaska dan pelbagai produk edaran kami juga boleh di dapati di Qisha Shoppe di Jalan Ahmad Shah Temerloh.
Subscribe to:
Comments (Atom)



.jpg)
